Page 128 - Jauhari Pantun
P. 128

572    Susun suasa bersama murid,
                              Dipakai nyonya di tengah desa;
                       Gemilangkan bahasa di bibir murid,
                              Megah tuturnya di persada bangsa.

                573    Ikat jerami dibawa ke bandar,
                              Suasana sayu mandi di telaga;
                       Ucap difahami wasangka terhindar,
                              Bahasa Melayu penyatu warga.

                574    Pokok cemara di tanah rata,
                              Tempat bermesra sepasang murai;
                       Segar dan mesra bahasa kita,
                              Pusaka negara usah terburai.

                575    Di perdu kayu tempat bertemu,
                              Cincin diikat bersalut gangsa;
                       Bahasa Melayu wacana ilmu,
                              Penyatu masyarakat pelbagai bangsa.

                576    Enak terasa hirisan keladi,
                              Buat makanan sekawan angsa;
                       Indahnya bahasa santunan budi,
                              Jadi cerminan sahsiah bangsa.

                577    Ukiran kayu bersalut suasa,
                              Mari diikat di atas bata;
                       Bahasa Melayu penyatu bangsa,
                              Semua masyarakat seia sekata






                                             112
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133