Page 30 - Jauhari Pantun
P. 30

72     Sambil berangan menanti puteri
                              Diatas pangkin segak putera
                       Citarasa berbeza antara negeri
                              Lainan pepatah dalam bicara

                73     Sambil berangan menanti puteri
                              Di atas pangkin segak putera
                       Makanan tradisi dalam negeri
                              Pelbagai rasa mencipta selera

                74     Ranting bertemu mawar berduri,
                              Harum setaman di kala malam,
                       Jelajah diriku kesemua negeri,
                              Kurniaan tuhan meneroka alam.

                75     Sutera Dewangga tampak berseri,
                              Bercorak jarang kemas disulam,
                       Tarikan berbeza setiap negeri,
                              Berhimpun pelancong menggamit alam.

                76     Tersasar panah hampa si peran,
                              Mengharap undan terkena kedidi,
                       Negeri Kedah tempat kelahiran,
                              Simbolik kawasan penanaman padi.

                77     Songket berkaki milik Juwita,
                              Tampak pesona corak bungaan,
                       Menyemai bakti di negeri tercinta,
                              Harumkan nama di pentas kebangsaan.






                                             14
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35