Page 32 - Jauhari Pantun
P. 32

84     Elok dijahit songket kebaya
                              Corak bungaan bingkisan seberang
                       Semangat dibangkit dikekal budaya
                              Jadi panduan nak muda sekarang

                85     Corak berseni warisan datu
                              Semerah saga songket kebaya
                       Simbolik negeri dijulang tentu
                              Bangga nak muda bangkitkan budaya

                86     Warisan langkat songket kebaya
                              Semerah kesumba dijahit teliti
                       Rencam adat variasi budaya
                              Semangat dicitra dibangga pasti

                87     Warisan bentan selendang ratu
                              Corak berputar tampak berseri
                       Mengundi pimpinan warga bersatu
                              Megah berkibar bendera negeri

                88     Di atas pendaga songket kebaya
                              Diaulam teliti bingkisan langkat
                       Membara nak muda diterap budaya
                              Unik negeri bangga diangkat

                89     Anggun sunti ke balai rongsri
                              Meneman teruna diiring paluan
                       Pelbagai bangsa bersatu hati
                              Aman negeri lambangkan perpaduan






                                             16
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37