Page 70 - Jauhari Pantun
P. 70
287 Buah munggai di atas para,
Ambil satu makan di titi,
Walau pelbagai tutur bicara,
Bahasa Melayu setia di hati.
288 Hasil tenunan pedagang Jawa,
Hartawan ternama membeli jualan,
Bahasa kebangsaan rangkumkan jiwa,
Berbilang agama jadikan amalan.
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU MENDEPANI ZAMAN
289 Diam si angsa di dalam raga,
Milik teruna di hujung tanjung;
Kuasai bahasa tingkah dijaga,
Seluruh buana pasti disanjung.
290 Terbang si but-but sayapnya lebar,
Hinggap di beranda berdepan kedangsa;
Teknologi disambut bahasa disebar,
Kekal di minda sepanjang masa.
291 Mencari rebung anak panglima,
Menyeberang ke desa lintasi titi;
Animasi dihubung murid kesima,
Menjulang bahasa semai di hati.
292 Dipuput bayu terbanglah angsa,
Tuju ke pekan di sebelah taman;
Bahasa Melayu rentasi masa,
Kekal relevan zaman berzaman.
54