Page 71 - Jauhari Pantun
P. 71

293    Di tepi perigi tumbuh kemiri,
                              Sejajar gaharu dibalik ru;
                       Di hujung jari istilah dicari,
                              Hilang keliru generasi baharu.

                294    Bunga angasana jatuh ke laman,
                              Satu persatu susun di dulang;
                       Berubah masa edaran zaman,
                              Bahasa Melayu tetap dijulang.


                295    Angin bayu menderu-deru,
                              Nyaman dirasa pemuda kesunyian,
                       Pendidikan bahasa di alaf baru,
                              Mendepani zaman menongkah kejayaan.

                296    Gagah perkasa pahlawan kita,
                              Dikurnia kudrat berpekerti mulia,
                       Indah bahasa kerana kata,
                              Kias ibarat mendidik belia.

                297    Pemotong kayu tak pernah culas,
                              Bekerja keras mencari makan,
                       Bahasa Melayu harus digalas,
                              Subjek teras wadah pendidikan.

                298    Rakyat bersatu jauhi pengkhianat,
                              Petualang bangsa usah disimpan,
                       Pendidikan abad 21 menarik minat,
                              Cabaran bahasa maju ke depan.






                                             55
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76