Page 79 - Jauhari Pantun
P. 79
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU MENDEPANI ZAMAN
328 Tumbuh tinggi pohon kecupu,
Batangnya keras dibuat titi;
Pemikiran tinggi soalan diaju,
Bahasa direntas pencambah kreativiti.
329 Buah terap buah kuini.
Masak berganti buah kayu;
Pendidikan digarap teknologi terkini,
Melonjak kualiti bahasa Melayu.
330 Cincin bersulam emas suasa,
Bersemi kenangan di jari tersemat;
Penyelidikan mendalam di bidang bahasa,
Perbaiki kekangan menuju matlamat.
331 Hujan lebat berhari-hari,
Seluruh desa berdebar-debaran;
STEM, TVET dan Revolusi Industri,
Relevan bahasa tak gentar cabaran.
332 Temali kecapi kemas dipintal,
Panjang disimpai di perdu kertau;
Inovasi PdP dan idea digital,
Penggerak mencapai bahasa serantau.
63