Page 80 - Jauhari Pantun
P. 80
NEGERIKU TERSAYANG
334 Mawar putih tumbuh berselang,
Kembangnya serlah di tanah rata;
Mashyur perpatih sohor terbilang,
Cinta tertumpah martabat wanita.
335 Batu pualam disusun selari,
Kilauan putih merona rasa;
Sejahtera semayam payung negeri,
Menjunjung kasih rakyat sentosa.
336 Pahlawan Melayu Tuah berjasa,
Taming Sari di tangannya berkat;
Dua belas suku pelbagai bangsa,
Pendapat dirai menjalin sepakat.
337 Tarian Ngajat ditari sahaya,
Hiasan sarat menguja pandangan;
Tampuk adat gerbang budaya,
Undang berempat wibawa sanjungan.
338 Syair bergema dialun teruna,
Diiring bayu berpuput lembut;
Pacek bergema majlis sempurna,
Tetamu dialu salam bersambut.
64