Page 85 - Jauhari Pantun
P. 85
355 Banyak dijamu buah kedangsa,
Sama kepayang dari Semantan;
Bahasa penyatu pelbagai bangsa,
Jadi lambang bersatu watan.
356 Padi huma banyak hasilnya,
Carilah tempat kumpul jerami:
Gunakan bahasa dengan bangganya,
Agar martabat sentiasa bersemi.
357 Emas suasa menghias sunti,
Kala disunting orang melamar;
Jagalah bahasa sepenuh hati,
Agar yang asing tidak mencemar .
358 Melayah dua burung rawa,
Mencari makan atas permatang;
Bahasa tercinta sematkan di jiwa,
Jadi warisan generasi mendatang.
359 Merdu suara dialun mendayu,
Bernyanyi biduan nada teratur;
Semaikan cinta bahasa Melayu,
Bahasa kebangsaan bangga ditutur.
360 Meredah rimba bersama teman,
Tertarik kilauan paruh jentayu;
Ilmu ditimba dalami fahaman,
Tanda cintakan bahasa Melayu.
69