Page 88 - Jauhari Pantun
P. 88
373 Setia hulubalang penjaga jaksa,
Di tiang seri mengawal aman;
Bahasa lambang jiwa bangsa,
Teguh lestari menyusur zaman.
374 Kayu lama dibuat pancang,
Batangnya keras di dalam taman;
Didikan bahasa teguh bertunjang,
Meski dihempas badai berzaman.
375 Hutan tebal laluan ditebas,
Banyak di situ tumbuh tualang,
Walau digital semakin meluas,
Bahasa Melayu wajib dijulang.
376 Kayu gaharu wangi haruman,
Dipakai nakhoda atas dermaga;
Bahasa Melayu seiring zaman,
Terbitan kata ilmunya dijaga.
377 Kuih talam enaknya rasa,
Sama pengat sebagai kudapan;
Pelbagai rencam teknologi semasa,
Tidak tergugat bahasa nan mapan.
378 Biduk pemuda dikayuh perlahan,
Mudik sendiri darilah desa;
Ilmuwan kita membugar asuhan,
Didikan terkini perkukuh bahasa.
72