Page 92 - Jauhari Pantun
P. 92
397 Susun melintang dipasak sigai,
Tempat alau tenggek di bakau;
Negeriku tersayang tarikan pelbagai,
Gugusan pulau samudera memukau.
398 Cantik terserlah sulaman nyonya,
Kemas jahitan manik dagangan;
Kunjungi Sabah nikmati indahnya,
Kraftangan tempatan dilupa jangan.
TOKOH NASIONALISME
399 Ke hujung terusan terbang jentayu,
Terserlah jaguh menjaga sempadan;
Abdul Hadi Hassan penyatu Melayu,
Pandangan jauh jadi teladan.
400 Telah tiba kerabat wangsa,
Bersama nara sang pandai puisi;
Pendeta Za'ba pejuang bahasa,
Penyusun aksara waris generasi.
401 Terbit sani mentari dini,
Terang sinar cantik terlihat.
Rosli Dhobi pemuda berani,
Penegak benar pembenam muslihat.
402 Megah bermudik perahu ke Langat,
Membawa meranti suaka beta;
Khatijah Sidek lambang semangat,
Figura bukti bangkit wanita.
76