Page 52 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 52
CINTA 1MALAYSIA
Setiap tahun
sang politikus berperang
tidak menjatuhkan dada lawan
mereka berperang
menjatuhkan belakang kawan
sama ada
dalam gelanggang pilihan raya,
dalam gelanggang media massa
dalam gelanggang mesyuarat tahunan
mereka berperang dan berperang
memenangi haloba perasaan
rakyat yang terlihat pembunuhan
ditakut-takutkan dengan api fitnah
dengan pisau akta dan belati polis
atau memotong nama daripada
senarai penerima bantuan percuma
kerana asyik berperang
mereka lupa merawat kudis kawasan
merungkai simpul masalah rakyat
atau menyusun jari-jari khidmat.
setiap tahun
sang politikus berperang
mereka berperang dengan nafsu
berperang dengan haloba perasaan.
38

