Page 55 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 55
TUAN HAJI ABANG SHAIFUDIN
Sahabat,
kau tinggalkan bayang putih
di atas kerusi kubikalmu
dan bergerak bebas
ke langkah hidup baharu
tanpa kertas kuning, tanpa webinar,
tanpa meet dan ISO
menganggu senyum,
berehatlah sahabat
nikmati baki usia
tampal amalan yang bocor
tetapkan kompas cari
kerana kita masih hidup
menuju ke Pulau Firdaus
wahai sahabatku,
aku kautinggalkan ini
pada kenangan
pada harapan
kerana aku sepertimu
akan menyusur mencari
Pulau Firdaus itu
tempat kita sama-sama
menjalani lalai hidup
setelah dimatikan Allah
tunggulah sahabat
di sana kita kembali bersama
lalai menikmati cinta
nikmat dijanjikan Allah.
41

