Page 62 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 62
DETIK MASA
sedetik kecilku
‘ku tertawa dan menangis
masa berlalu perlahan.
semasa usia mudaku
‘ku berhibur dan berlibur
masa seakan bersiar-siar.
sewaktu usia mendaki dewasa
‘ku terbeban tanggungjawab
masa bak berlari.
semakin bertambah usia
hari-hari ‘ku lalui
masa berlalu pantas.
akhirnya
‘ku pergi jua
bila tiba masanya.
48

