Page 23 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 23
ISU-ISU
Risiko rasuah sentiasa wujud dalam pelbagai bidang tanpa mengira
latar belakang atau status individu yang memberi atau menerima
rasuah. Melalui penarafan semula risiko agensi oleh Bahagian
Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), MAMPU kini bertaraf agensi berisiko sederhana.
Penarafan semula risiko agensi ini adalah amat penting bagi mengenal
pasti risiko rasuah yang boleh dan mungkin berlaku di organisasi.
Secara umumnya, isu rasuah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
GOVERNANS
Undang-undang/peraturan yang lapuk dan tidak releven
pada masa ini;
Tiada semakan semula proses kerja;
Kelemahan kawalan dalaman; dan
Keperluan memantapkan sistem penyampaian
perkhidmatan.
INTEGRITI
Kelemahan dalam membuat keputusan;
Kelewatan atau kelemahan dalam melaksanakan tugas;
Penguatkuasaan yang lemah;
Tahap pematuhan undang-undang dan prosedur yang
rendah dalam kalangan anggota; dan
Kelemahan penghayatan dan pengamalan etika.
RASUAH
Campur tangan pihak yang berkepentingan
dalam membuat keputusan;
Salah guna kuasa budi bicara yang
diperuntukkan dalam undang-undang;
Kebocoran maklumat terperingkat; dan
Pihak tertentu mengambil peluang dan ruang
untuk rasuah.
21