Page 18 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 18
BENGKEL PELAN TINDAKAN PELAN ANTIRASUAH MAMPU
Bengkel Pelan Tindakan Pelan Antirasuah MAMPU telah diadakan pada
27 hingga 28 September 2021 selama dua (2) hari secara dalam talian
bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Bengkel ini telah
disampaikan oleh dua (2) orang Perunding Kanan dari IIM iaitu Encik
Zubayry Abady Sofian dan Encik Harisham bin Ibrahim serta dibantu
oleh Encik Mohd Shahril Reza.
Bengkel ini bertujuan membuat penentuan Inisiatif Pelan Antirasuah
MAMPU berdasarkan tajuk dan punca risiko dari Templat Daftar Risiko,
Bahagian Peneraju, Tempoh Masa Pelaksanaan dan Kuadran. Seramai
29 orang peserta termasuk Jawatankuasa Pembangunan Pelan
Antirasuah MAMPU, wakil bahagian dan lima (5) orang urus setia telah
menyertai bengkel ini.
16