Page 14 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 14

LATAR BELAKANG PELAN ANTIRASUAH MAMPU

         Pelan  Antirasuah  MAMPU  merupakan  dokumen  yang  menggariskan
         tindakan  menyeluruh  dalam  memerangi  rasuah  seiring  dengan
         kehendak Pelan Antirasuah Nasional (NACP) iaitu di bawah inisiatif 2.1.5
         yang  telah  menggariskan  keperluan  pembangunan  OACP  di  semua
         sektor awam (kementerian dan kerajaan negeri).


         Pelan  Antirasuah  MAMPU  merupakan  dokumen  bagi  menangani
         permasalahan serta kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah di
         MAMPU.  Sejajar  dengan  Arahan  YAB  Perdana  Menteri  No.  1  Tahun
         2018,  Pemantapan  Governans,  Integriti  dan  Antirasuah  Dalam
         Pengurusan     Pentadbiran   Kerajaan   Malaysia,   MAMPU      telah
         mendapatkan  khidmat  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia
         (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk membangunkan Pelan
         Antirasuah MAMPU yang merangkumi beberapa siri bengkel melibatkan
         Ahli  Jawatankuasa  Pelan  Antirasuah  MAMPU  serta  wakil  dari  setiap
         bahagian di MAMPU bagi menyelaras pembangunan Pelan Antirasuah
         MAMPU.  Siri-siri  bengkel  yang  telah  dijalankan  ialah  seperti  Jadual  1
         yang berikut:

            Jadual 1: Siri-siri bengkel bagi Pembangunan OACP di MAMPU




























                                          12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19