Page 10 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 10
1977 Malaysian Administrative Modernisation
and Manpower Unit (MAMPU)
Malaysian Administrative Modernisation and Manpower
Unit (MAMPU) telah ditubuhkan pada Mei 1977 atas
keperluan mewujudkan agensi khusus yang
dipertanggungjawabkan ke atas pemodenan pentadbiran
awam dan perancangan sumber manusia.
Penubuhan MAMPU merupakan hasil idea Timbalan
Perdana Menteri (TPM) ketika itu, YB Dato’ Seri Dr. Mahathir
bin Mohamad dengan turut dibantu oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah MAMPU.
YAB TPM mahukan sebuah agensi yang mampu memberi
fokus secara langsung terhadap aspek modenisasi
pentadbiran awam demi mencapai sebuah negara moden
dengan kemajuan teknologi terkini.
Agensi ini berada di bawah JPM dan mendapat pengawasan
khas oleh YAB TPM.
8