Page 8 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 8

LATAR BELAKANG MAMPU

         Unit  Pemodenan  Tadbiran  dan  Perancangan  Pengurusan  Malaysia
         (MAMPU)  telah  ditubuhkan  hasil  daripada  Laporan  Development
         Administration in Malaysia oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J.
         Esman  yang  memperakukan  peningkatan  profesionalisme  melalui
         program-program  pendidikan  dan  latihan  bagi  semua  lapisan
         kakitangan  dalam  Perkhidmatan  Awam.  Melalui  cadangan  laporan
         tersebut, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) telah ditubuhkan pada
         tahun  1966  bagi  mengembangkan  usaha-usaha  pembaharuan
         pentadbiran kerajaan.

         DAU    kemudiannya     dikembangkan    menjadi   Unit   Pentadbiran
         Pembangunan  dan  Penyelarasan  Pelaksanaan  (ICDAU)  yang  berfungsi
         untuk  menyelaras  projek-projek  pembangunan  serta  perancangan
         tenaga  manusia.  Selaras  dengan  perkembangan  pentadbiran  awam
         yang  pesat  lagi  dinamik,  ICDAU  kemudiannya  telah  disusun  semula
         pada tahun 1977.

         Pada  tahun  1986,  fungsi  perancangan  tenaga  manusia  telah
         dipindahkan  kepada  beberapa  agensi  lain  bagi  membolehkan  ICDAU
         memberi  tumpuan  kepada  pemodenan  tadbiran  dan  perundingan
         pengurusan  sektor  awam.  Sejak  itu,  ICDAU  dikenali  sebagai  Unit
         Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
         Berikut merupakan peranan MAMPU mengikut sejarah penubuhan:






















                                              6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13