Page 3 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 3
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH MAMPU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Pelan
Antirasuah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) 2022-2026 dapat dihasilkan dengan jayanya.
Pembangunan Pelan Antirasuah MAMPU ini bertujuan menangani
permasalahan yang berlaku dalam organisasi dengan menekankan tiga
indikator risiko utama iaitu tadbir urus, integriti dan rasuah. Pelan
Antirasuah MAMPU yang komprehensif dibangunkan selaras dengan
Arahan YAB Perdana Menteri Siri 2 No. 1 Tahun 2019 Pemantapan
Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional yang
merujuk kepada Peraturan 6.1.3 iaitu setiap kementerian, jabatan,
agensi dan kerajaan negeri hendaklah membangunkan OACP pada
peringkat organisasi masing-masing dan juga di bawah inisiatif 2.1.5
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang mewajibkan
pelaksanaan pembangunan OACP dilaksanakan oleh sektor awam.
Datuk Seri
MAMPU merupakan sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Dr. Yusof bin Ismail
Menteri memainkan peranan penting sebagai penggerak dan peneraju Ketua Pengarah
kepada pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang Unit Pemodenan
merangkumi bidang pengurusan penyelidikan, perundingan, pemudah
cara serta pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru, Tadbiran dan
penghasilan Pelan Antirasuah MAMPU ini dapat dijadikan sebagai Perancangan
tunjang dan panduan kepada setiap warga MAMPU untuk meningkatkan Pengurusan Malaysia
kesedaran, memberi keutamaan kepada setiap elemen yang telah
digariskan melalui Pelan Antirasuah MAMPU ini dalam memantapkan
penandaarasan serta penambahbaikan tadbir urus, integriti dan
antirasuah di MAMPU.
Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat terutama Unit Integriti selaku Sekretariat Pelan Antirasuah
MAMPU, Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah MAMPU serta
wakil-wakil bahagian yang telah memberikan komitmen yang terbaik
dalam menjayakan penghasilan Pelan Antirasuah MAMPU buat julung
kalinya. Saya berharap agar seluruh warga MAMPU dapat bersama-
sama merealisasikan pelaksanaan Pelan Antirasuah MAMPU ini
seterusnya menjadikan MAMPU kekal relevan menelusuri aspirasi
negara dalam pemantapan budaya nilai tinggi, berintegriti dan telus
dalam penyampaian perkhidmatan MAMPU yang berkesan.
1