Page 4 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 4
PENYATAAN KOMITMEN
KETUA UNIT INTEGRITI
Pelan Antirasuah MAMPU yang dibangunkan ini
mencerminkan komitmen Pengurusan Tertinggi MAMPU untuk
memastikan organisasi ini ditadbir dengan telus berpandukan
kepada prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan memerangi
segala bentuk gejala rasuah.
Pelan ini tidak hanya menjurus kepada isu rasuah semata-
mata tetapi meliputi juga usaha untuk menangani isu
kelemahan integriti dan tadbir urus. Melalui beberapa siri
bengkel yang diadakan, pelbagai risiko di setiap bahagian/unit
telah dikenal pasti. Justeru, pelbagai inisiatif telah dirangka
bagi menangani isu ini.
Bagi memastikan kejayaan pelaksanaa Pelan Antirasuah
MAMPU, Unit Integriti MAMPU selaku sekretariat komited
dalam memastikan segala inisiatif yang dirancang dapat Yasir Muda bin
dilaksanakan mengikut jangka masa yang dijadualkan. Azizi
Ketua Unit Integriti
Kami berharap semua warga MAMPU turut sama menghayati Unit Pemodenan
matlamat utama penggubalan pelan ini agar memberikan
impak yang positif kepada penyampaian perkhidmatan Tadbiran dan
MAMPU. Semoga pelan ini akan dijadikan panduan oleh warga Perancangan
MAMPU dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan Pengurusan Malaysia
kepada mereka.
2