Page 9 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 9
SEJARAH PENUBUHAN MAMPU
Sejarah penubuhan MAMPU dan perkembangannya adalah seiring
dengan peranannya:
1966 Development Administration Unit (DAU)
Mengkaji bidang-bidang kritikal termasuklah perkhidmatan-
perkhidmatan pengurusan kerajaan, kemajuan personel
dan rekod kakitangan berpusat.
Memantau dan menumpukan kepada kaedah pemeriksaan
ke atas struktur kementerian-kementerian, selain daripada
kajian organisasi, prosedur kerja dan pemasangan
komputer dalam operasi spesifik kerajaan.
Menghasilkan handbook organisasi kerajaan yang pertama
dalam sejarah perkhidmatan kerajaan.
1972 Implementation, Coordination and Development
Administration Unit (ICDAU)
DAU digabungkan dengan Unit Pelaksanaan, Penyelarasan
dan Penilaian atau Implementation, Coordination and
Evaluation Unit (ICEU), sebuah agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri (JPM) untuk membentuk ICDAU pada
Januari 1972.
Bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran awam,
perancangan organisasi serta menjalankan penilaian dan
pengawasan terhadap pelaksanaan rancangan-rancangan
pembangunan.
7