Page 16 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 16
TAKLIMAT PEMBANGUNAN CRA DAN PENGGUBALAN PELAN
ANTIRASUAH MAMPU
Taklimat Pembangunan CRA dan Penggubalan OACP telah diadakan
pada 9 Julai 2021 secara dalam talian. Bengkel bermula dari jam 9.00
pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Bengkel disampaikan oleh Encik
Harisham bin Ibrahim, Perunding Kanan IIM dengan dibantu oleh dua
(2) orang Pembantu Perunding iaitu Encik Umar Chong Abdullah dan
Encik Khairul Amir.
Program taklimat ini diadakan bertujuan membantu MAMPU
membangunkan CRA dan OACP dengan membincangkan gambaran
keseluruhan projek, carta perbatuan (rangka kerja) serta taklimat
penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah MAMPU.
Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah MAMPU telah
ditubuhkan dan dilantik oleh Ketua Pengarah MAMPU bagi menyelaras
dan membangunkan OACP di MAMPU.
14