Page 29 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 29
BIDANG-BIDANG KEUTAMAAN BERISIKO
Penyediaan dokumen ini dibahagikan kepada empat (4) bidang
keutamaan yang terdedah kepada risiko governans, integriti dan rasuah
di MAMPU iaitu Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, Pentadbiran
1
dan Sumber Manusia, serta Operasi.
TADBIR URUS
Bidang ini merangkumi semua proses tadbir urus di MAMPU.
Amalan, proses kerja serta sistem pemantauan yang boleh
ditambah baik dapat membantu membanteras serta menutup
peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Susulan daripada tadbir urus tersebut, penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan oleh warga
MAMPU sekali gus meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan MAMPU.
2
KEWANGAN DAN PEROLEHAN
Bagi bidang keutamaan risiko kewangan dan perolehan,
iaitu berkaitan pelaksanaan dasar dan proses kerja yang
melibatkan kewangan, peruntukan dan perolehan di
MAMPU secara keseluruhan, baik dari Sektor Pengurusan
mahupun Sektor ICT. Umum mengetahui bahawa
kewangan dan perolehan merupakan bidang keutamaan
yang paling terdedah kepada aktiviti rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Oleh itu,
memperkukuhkan tadbir urus kewangan dan perolehan
amat signifikan bagi memastikan tidak berlaku risiko aktiviti
rasuah dan amalan penyelewengan.
27