Page 32 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 32
KEPERLUAN KERANGKA PELAN ANTIRASUAH MAMPU
MAMPU sedar akan tanggungjawab untuk menangani masalah rasuah,
salah guna kuasa, penyelewengan dan salah laku dalam organisasi.
Kelalaian dan kecuaian untuk menangani masalah ini bukan sahaja
boleh menjejaskan imej organisasi malah boleh membawa banyak
kepincangan dan memberi impak yang negatif kepada negara. Amalan
rasuah dalam sistem pentadbiran organisasi perlu dihapuskan
sepenuhnya bagi mengembalikan kestabilan dan kepercayaan
masyarakat terhadap kerajaan.
30