Page 68 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 68
Perancangan Kuala Koh sebagai Santuari Ikan Kelah di Taman
Negara Kelantan
Planning Kuala Koh as Kelah Fish Sanctuary in Kelantan National
Park
Taman Negara Kelantan (TNK) merupakan kawasan ekopelancongan yang menarik untuk dikunjungi.
Namun begitu, banjir besar yang melanda Kompleks TNK pada tahun 2014 telah merosakkan sebaha-
gian besar fasiliti dan kemudahan pelancong yang selama ini menjadi tarikan pelawat dari dalam dan
luar negara. Keadaan ini telah mengurangkan aktiviti sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran
pelancong ke kawasan ekopelancongan ini. Kaedah terbaik pihak Jabatan PERHILITAN dalam usaha
meningkatkan kedatangan pelancong adalah dengan mempelbagaikan aktiviti ekopelancongan
supaya ianya terus menjadi satu destinasi yang menarik untuk dilawati.
Kelantan National Park (TNK) is an interesting eco-tourism area to visit. However, the massive flood
that hit the TNK Complex in 2014 has paralyzed most of its facilities that are usually used to accom-
modate visitors and tourists from within and outside the country. The recent lack of activity has led to
a lack of tourist arrival to this eco-tourism area. Thus, the Department took several efforts to diversify
eco-tourism activities so that TNK becomes an attractive destination to visit.
Langkah permulaan untuk menarik pelancong hadir ke TNK adalah dengan mewujudkan santuari
ikan kelah di sekitar kawasan Kuala Sungai Koh. Jarak kawasan yang telah ditutup kepada semua
aktiviti memancing adalah lebih kurang 1.7 km iaitu daripada jeti pam air Kompleks TNK hingga ke
Lubuk Sinar. Lokasi tumpuan memberi makan ikan adalah di sekitar Jeti Pelancong dan Jeti Pam Air
Kompleks TNK. Lokasi dipilih berdasarkan kawasan lubuk ikan dan kuala sungai serta berhampiran
dengan kompleks pejabat.
As a first step to attract tourists to TNK is to create a Kelah Fish Sanctuary around the Kuala Sungai
Koh area. The distance of the area that has been closed to all fishing activities is about 1.7 km from
the water pump jetty of TNK Complex to Lubuk Sinar. The focus areas for feeding fish are around the
Tourist Jetty and TNK Complex Water Pump Jetty which is a natural fish pond existence and also close
to the office complex.
62 LAPORAN TAHUNAN 2020
JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA