Page 37 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 37

Staf Akademik Yang Mempunyai Geran Penyelidikan Sumber Luar Tertinggi
        (Kementerian / Nasional)

        Anugerah ini diberikan khas kepada Staf Akademik yang Mempunyai Geran Penyelidikan Kementerian/Nasional Tertinggi
        di mana penilaian dibuat secara terus melalui pangkalan data IPPP.

                                                        Profesor Dr. Sazaly bin Abu Bakar
                                                        Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit
                                                        Berjangkit Tropika (TIDREC)

                                                        Profesor Dr. Sazaly Abu Bakar, Ph.D., FASc
                                                        adalah pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat
                                                        Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit
                                                        Tropika (TIDREC), sebuah pusat kecemerlangan
                                                        pangajian tinggi (HICOE) di Universiti Malaya di
                                                        bawah Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE),
                                                        Malaysia.
                                                            Prof. Sazaly turut memainkan peranan
                                                        sebagai pencetus utama ke arah penggubalan
                                                        Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Kebangsaan
                                                        Malaysia dan penubuhan Institut Genom dan
                                                        Vaksin Malaysia. Beliau adalah salah seorang
                                                        dari pakar (SME) yang telah dikenal pasti bagi
                                                        membantu pembangunan penyelidikan dan
                                                        industri pembuatan vaksin Malaysia.
                                                            Beliau menerima anugerah ini setelah setelah
                                                        mengambilkira keseluruhan peruntukan geran
                                                        penyelidikan yang diterima dari Kementerian /
                                                        Nasional  pada  tahun  dinilai  (2023)  adalah  yang
                                                        tertinggi iaitu melebihi RM 9.3 juta.











                                                                  Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023  35
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42