Page 40 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 40
Penyumbang Berimpak Tinggi
Anugerah ini diberikan kepada satu (1) alumni/individu/keluarga/badan korporat/syarikat/pertubuhan yang telah
memberikan derma, sumbangan atau tajaan yang berimpak tinggi kepada Universiti Malaya.
Lembaga Tabung Haji Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah institusi Islam unggul negara yang
ditadbir menurut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dengan aktiviti utamanya
ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. TH kini mempunyai lebih
sembilan (9) juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000
titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang
beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.
Saban tahun, selain mengurus dan memastikan kebajikan pendeposit
serta jemaah haji negara terpelihara, TH turut memainkan
peranan aktif dalam membantu komuniti asnaf di seluruh
negara melalui pelaksanaan pelbagai program CSR Zakat TH.
Kolaborasi antara TH dan Universiti Malaya (UM) bermula sejak tahun 2019 melalui
Program Iqra-IPTA dengan sumbangan keseluruhan bernilai RM3.2 juta bagi
membantu pelajar asnaf membayar yuran pengajian dan yuran asrama, selain
elaun sara hidup dan pembelian alatan pembelajaran seperti komputer riba serta
buku-buku rujukan. Pada tahun lepas, program Iqra-IPTA TH telah menyantuni
lebih daripada 30,000 orang pelajar Universiti Awam di seluruh negara.
Sumbangan juga turut digunakan untuk menaik taraf prasarana serta
kemudahan di kampus bagi kegunaan para pelajar seperti menambahbaik surau,
perpustakaan dan makmal.
38 Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023