Page 15 - e-WPSS Pengukuhan Digital
P. 15
e-WPSS [WATAK DAN PERWATAKAN SULTAN]
RAJA HUSSAIN
(SULTAN ALAUDDIN
RIAYAT SYAH)
Semasa menaiki takhta, baginda
sudahpun beristeri dan mempunyai
beberapa orang putera dan puteri.
Baginda seorang raja yang berani dan
perkasa.
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam
pemerintahannya.
Baginda juga seorang yang tegas dan pantas bertindak, khususnya
terhadap negeri-negeri naungannya.
Baginda juga memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan dalam
pemerintahannya.
SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN
Baginda memperkenalkan konsep kepimpinan melalui teladan untuk
dijadikan ikutan para pembesar negara.
Baginda berusaha melaksanakan hukum hudud.
Semasa pemerintahannya, Haru telah berdamai dengan Melaka.
Semasa pemerintahannya, Sultan Muhammad, abangnya telah membunuh
Telanai Terengganu dan perbuatan itu hampir mencetuskan perang
saudara.
Baginda telah merajakan puteranya, Raja Menawar di Kampar.