Page 17 - e-WPSS Pengukuhan Digital
P. 17
e-WPSS [WATAK DAN PERWATAKAN SULTAN]
Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Nara Diraja Tun
Tahir, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali – fitnah yang dilemparkan
oleh Kitul dan Raja Mendaliar dan didorong oleh rasa dendam terhadap
Bendahara Seri Maharaja. (Tun Sura Diraja & Tun Indera Segara).
Pembunuhan Sultan Ahmad – puteranya sendiri dibunuh secara rahsia
kerana tidak menghormati pembesar negara.
BUKTI SULTAN MAHMUD MEMPUNYAI NAFSU SERAKAH
Baginda mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid.
Baginda mengadakan hubungan sulit dengan Tun Dewi.
Selepas kemangkatan raja perempuan Melaka, baginda mengidam
hendak mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Baginda tergoda oleh kecantikan Tun Teja Ratna Menggala sebagaimana
yang diceritakan oleh Seri Wak Raja.
Baginda juga tergoda oleh kejelitaan Tun Fatimah, anak gadis Bendahara
Seri Maharaja yang telah diperisteri oleh Tun Ali.
SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN
Baginda seorang raja yang lemah dalam pemerintahannya dan zalim
terhadap rakyat bawahannya.
Semasa pemerintahan baginda, Melaka berjaya mengalahkan Manjong
dan Kelantan (Paduka Tuan & Seri Maharaja Tun Mutahir).
Melantik Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka bagi menggantikan Tun
Perpatih Putih,
Menghantar rombongan peminangan ke Gunung Ledang.
Mendamaikan Sultan Nara Singa dari Inderagiri dan Maharaja Isap dari
Lingga.
Membantu Pahang mengalahkan Angakatan Perang Raja Legor.