Page 51 - KPKM
P. 51

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      50




          PEMBINAAN STESEN PAM GUNA SEMULA DI PARIT-PARIT SALIRAN SKIM PENGAIRAN
          BARAT LAUT, SELANGOR
          Pembinaan stesen pam guna semula ini adalah melibatkan sistem kitar semula air daripada parit-parit
          saliran ke tali air tersier di Kawasan Pancang Badena Timur dan Barat di dalam Skim Pengairan Barat Laut
          Selangor  dengan keluasan 3,420 hektar bagi tujuan pengairan sawah.

          Sistem yang digunakan ini mampu mengoptimumkan operasi bekalan air yang lebih efisyen sekali gus
          dapat membekalkan air yang cukup ke sawah padi bagi memenuhi keperluan bekalan air di kawasan
          tersebut terutama pada musim kemarau. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 8 Disember 2023 dengan
          kos RM4,435,400.00.

          Hasil daripada projek ini, Skim Pengairan Barat Laut Selangor di Pancang Badena Timur dan Barat telah
          dapat mengekalkan bekalan air bagi penanaman padi dua (2) kali setahun walaupun dalam musim
          kemarau. Kerajaan juga telah berjaya menjimatkan kos penyelenggaraan di mana pengurangan
          kekerapan penyelenggaraan pam sedia ada yang usang. Di samping itu, IADA Barat Laut Selangor
          tidak lagi bergantung kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Selangor bagi pengoperasian
          bekalan air tambahan di kawasan tersebut.




















                                     Sistem pam yang siap bersama paip agihan ke sawah.




















                                    Keadaaan semasa pam yang telah siap dan boleh digunakan.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56