Page 54 - KPKM
P. 54
53 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
peningkatan keupayaan dan pengetahuan petani dalam bidang pengairan dan saliran. Program-
program yang dirancang tersebut mensasarkan penyertaan atau penglibatan oleh petani daripada
KPA dalam jelapang dan luar jelapang seluruh negara. Pelaksanaan program KPA ini juga adalah selari
dengan Teras Dasar 5, Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN2.0).
Pada tahun 2023, sebanyak dua (2) program Touchpoint Centralized Training KPA telah dianjurkan
dengan siri pertama diadakan pada 1 hingga 3 Ogos 2023 di Kuala Selangor, Selangor yang melibatkan
penyertaan seramai 40 orang petani. Siri kedua pula diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2023 bertempat
di Bagan Lalang, Selangor yang melibatkan penyertaan seramai 40 orang petani. Antara objektif utama
program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran petani berkaitan operasi dan
penyelenggaraan skim pengairan dan saliran di peringkat tersier, memberikan kefahaman berkenaan
pembentukan, peranan serta KPA, serta mewujudkan rasa kebertanggungjawaban dan kepunyaan
terhadap kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan.
PROGRAM TOUCHPOINT CENTRALIZED TRAINING KPA SIRI I
DI KUALA SELANGOR, SELANGOR
Para pesrta bersama Pengarah BPSP.
Sesi taklimat semasa program.

