Page 64 - KPKM
P. 64
63 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
TADBIR URUS DAN PEMANTAUAN DASAR DAN KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA
Penggubalan dasar dan pemantauan inisiatif keterjaminan makanan diselaraskan menerusi dua (2)
mesyuarat utama. Mesyuarat berkenaan adalah Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar
Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan secara bersama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, manakala Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Dasar Sekuriti Makanan Negara dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Struktur tadbir urus semasa
bagi pengurusan keterjaminan makanan seperti di Rajah 2.
Struktur Tadbir Urus Pengurusan Keterjaminan Makanan Negara

