Page 68 - KPKM
P. 68
67 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PELAKSANAAN BANCI PERTANIAN 2024
Banci Pertanian 2024 dilaksanakan bagi mendapatkan struktur dan ciri-ciri sektor pertanian yang
komprehensif dan terperinci pada satu masa yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan
perhutanan serta pembalakan untuk pegangan pertanian iaitu pertubuhan perniagaan dan isi rumah.
Objektif pelaksanaan Banci Pertanian 2024 adalah seperti berikut:
a. Mengumpul stok dan profil sektor pertanian meliputi dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar
bagi pegangan pertanian;
b. Menyediakan input utama dalam merangka polisi untuk sektor pertanian oleh pelbagai pihak
yang berkepentingan untuk perancangan pembangunan, penggubalan dasar sosioekonomi
dan program yang berkaitan;
c. Menyediakan penanda aras sehingga peringkat terkecil, yang diperlukan untuk merangka
program pembangunan pertanian baharu dan untuk menilai kemajuannya; dan
d. Menyediakan rangka pensampelan pegangan pertanian untuk menjalankan survei pertanian
masa hadapan.
Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 November
2023 dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM230 juta bagi tempoh 2023 hingga 2024. Selaras dengan
kelulusan mesyuarat tersebut dua (2) Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyelaras pelaksanaan
Banci Pertanian 2024 iaitu Jawatankuasa Pemandu Banci (JPB) yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara dan Jawatankuasa Utama Banci (JUB) yang dipengerusikan oleh Ketua Perangkawan.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Banci Pertanian 2024, empat (4) Jawatankuasa Teknikal telah
diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pengurusan Strategik Banci, Jawatankuasa Pengurusan Data Banci,
Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi dan Jawatankuasa Pengurusan Operasi Banci.
Sebagai persediaan bagi pelaksanaan Banci Pertanian 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Gerak Kerja
Persediaan Banci Pertanian Peringkat Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bilangan 1/2023
dan Bilangan 3/2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah
diadakan pada 8 Februari dan 15 September 2023, manakala Bilangan 2/2023 yang dipengerusikan oleh
SUB Bahagian DPS telah diadakan pada 18 Ogos 2023. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan
perkara-perkara terperinci bagi memuktamadkan tadbir urus, fungsi dan peranan setiap kementerian
dan agensi termasuk di peringkat negeri.
Banci Pertanian 2024 akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada 7 Julai 2024 hingga 31 Oktober 2024
dengan menggunakan konsep de jure dan de facto. Memandangkan kompleksiti dalam pelaksanaan
banci ini, kaedah temuramah bersemuka melalui Paper and Pen Interview (PAPI) akan digunakan.
Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel dengan mengambil kira kebolehcapaian dan
kesesuaian mengikut kategori responden (pertubuhan atau isi rumah).

