Page 11 - BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI JKR NEGERI TERENGGANU
P. 11
1.2 ISU DAN CABARAN
Kajian mendapati bahawa punca pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah
bukannya punca utama atau satu- satunya punca mengapa penjawat awam mengambil rasuah. Di
antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah
kecenderungan sikap pegawai seperti berikut:-
1) Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan
2) Tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai terbabit
3) Sikap tamak dan haloba
4) Wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah
1.3 DATA ANALISIS
Pelbagai sumber data dan maklumat telah diberi perhatian dalam usaha mengenal pasti
risiko-risiko berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah di JKR Terengganu. Hal ini penting
bagi memastikan JKR Terengganu sentiasa berada di tahap terbaik dari sudut
penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi.
Justeru, Jawatankuasa Pembangunan Pelan Anti Rasuah (OACP) JKR Terengganu
telah menganalisa beberapa data yang berkaitan (sumber dalaman dan luaran) bagi
membantu usaha mengenal pasti risiko-risiko yang berupaya menyumbang ke arah
kelemahan, tadbir urus, integriti dan rasuah. Data - data yang dikaji telah diperolehi
daripada Laporan Kes Tatatertib JKR, Maklumat Aduan Integriti, Dapatan Kajian Soal
Selidik Kepuasan Pelanggan JKR Terengganu serta sumber-sumber dalaman lain yang
berkaitan.
Hasil dapatan kajian dan analisis tersebut, risiko dalaman dan luaran telah dikenal pasti
bagi menentukan sebarang bentuk ancaman dan peluang yang berpotensi yang
menyebabkan berlakunya perlakuan salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa dalam kalangan warga JKR Terengganu. Pelan tindakan penambahbaikan dan
inisiatif tambahan juga telah diwujudkan dan akan dilaksanakan terutama dari segi
pemantapan program yang dapat mengurangkan risiko anti rasuah, isu integriti dan
tadbir urus dalam kalangan warga JKR Terengganu.
6