Page 9 - BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI JKR NEGERI TERENGGANU
P. 9
BAB : 1 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI
Bermula pada tahun 1921, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah ditubuhkan
dan dikenali sebagai Public Work Department (P.W.D).
Pada awal penubuhan ianya telah ditempatkan di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu
dan ditadbir oleh Encik W.D Ladlow yang menjalankan tanggungjawab sebagai
Pengarah P.W.D bermula tahun 1921.
Pada tahun 1979, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (Ibu Pejabat) telah berpindah
ke bangunan baru iaitu Bangunan Wisma Negeri, Kuala Terengganu di Tingkat 9 – 12,
manakala bagi Dua (2) Cawangan iaitu Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri dan
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri ditempatkan di Jalan Bukit Kecil, Kuala
Terengganu.
Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu kini terdiri daripada Lapan (8) bahagian di Ibu
Pejabat iaitu Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Perancangan Aset
Bersepadu (CPAB) & Pengurusan Korporat, Bahagian Pasukan Projek Persekutuan
Negeri Terengganu, Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan, Bahagian Arkitek, Bahagian
Ukur Bahan, dan Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur.
Disamping itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu mempunyai Lapan (8) Pejabat
Jurutera Daerah iaitu Pejabat Jurutera Daerah JKR Kuala Terengganu, Pejabat Jurutera
Daerah JKR Kuala Nerus, Pejabat Jurutera Daerah JKR Kemaman, Pejabat Jurutera
Daerah JKR Dungun, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Terengganu, Pejabat Jurutera
Daerah JKR Marang, Pejabat Jurutera Daerah JKR Besut dan Pejabat Jurutera Daerah
JKR Setiu dan Dua (2) Cawangan iaitu Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri dan
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri.
HALA TUJU JABATAN KERJA RAYA
NEGERI TERENGGANU
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,
JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan.
VISI
VISI
Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan
Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam
dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk
bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan
infrastruktur negara berteraskan model insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.
inovatif serta teknologi terkini.
4