Page 5 - BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI JKR NEGERI TERENGGANU
P. 5

PRAKATA
          PENOLONG PEGAWAI INTEGRITI


          JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU




                                                      Assalamualaikum Warahmatullahi
                                                      Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                                                      Alhamdulillah  bersyukur  ke  hadrat Allah S.W.T
                                                      kerana dengan limpah dan kurniaNya, Jabatan
                                                      Kerja Raya Negeri  Terengganu  telah berjaya
                                                      membangunkan  dan menghasilkan  Pelan
                                                      Antirasuah Organisasi (OACP) sendiri.


                                                      Dokumen  ini menggariskan  Pelan  Antirasuah
                                                      Organisasi (OACP) Jabatan Kerja Raya Negeri
                                                      Terengganu berdasarkan tempoh pelan strategik
                                                      dimana ia mengenal pasti risiko rasuah utama
                                                      dan menerangkan inisiatif serta tindakan untuk
                                                      mengurangkan risiko tersebut.

                                                      Saya juga  merakamkan  ucapan  terima kasih
                                                      kepada Tuan  Pengarah, Timbalan  Pengarah
                                                      Pembangunan  dan  Ketua-Ketua  Bahagian,
                                                      Jurutera-Jurutera Daerah dan semua kakitangan
                                                      yang terlibat  dalam penyediaan  Buku Pelan
                                                      OACP ini dan kepada Institut Integriti Malaysia
                                                      (IIM) yang telah memberi  khidmat nasihat  dan
             kepakarannya, selaku konsultan yang bertauliah dalam penghasilan pelan ini.


             Semoga  inisiatif-inisiatif pelan  ini  dapat  dilaksanakan  dan  sedikit  sebanyak  dapat
             menunjukkan  kesungguhan jabatan  dalam  menangani  permasalahan  tadbir urus,
             integriti  dan rasuah  supaya  kualiti  penyampaian  penjawat  awam dapat ditingkatkan
             seterusnya menjaga nama baik jabatan.


             “ Tingkatkan Imej Jabatan dan Mengutamakan Integriti ”


             Sekian, terima kasih.








             MOHD SHAHRIL BIN SHAMSUDDIN
             TIMBALAN PENGARAH (PENTADBIRAN & KEWANGAN)
             JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU




                                                            iv
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10