Page 3 - BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI JKR NEGERI TERENGGANU
P. 3
AMANAT
PENGARAH
JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah dan kurniaNya, Jabatan
Kerja Raya Negeri Terengganu berjaya membangun
dan menghasilkan Pelan Antirasuah Organisasi atau
lebih dikenali sebagai Organisational Anti-Corruption
Plan (OACP) Melalui Arahan YAB Perdana Menteri
semasa pelancaran Pelan Antirasuah Nasional
(NACP) pada tahun 2019 yang menyatakan bahawa
setiap kementerian, jabatan serta agensi awam perlu
mewujudkan Pelan OACP sebagai dokumen dasar
Antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan
untuk menangani permasalahan dan kelemahan
governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi
JKR amat komited dalam menyahut seruan kerajaan
bagi memastikan sistem pentadbiran dapat bergerak
seiring dengan misi JKR iaitu berpegang teguh
kepada integriti dalam penyampaian perkhidmatan.
Pembangunan Pelan OACP ini juga merupakan
inisiatif mandatori yang digariskan di bawah Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) yang perlu dilaksanakan dan telah mengambil kira semua
bidang dan aktiviti yang terdapat dalam jabatan. Pembangunan pelan ini juga telah
mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Institut Integriti Malaysia (IIM), sebagai
konsultan yang bertauliah dalam penghasilan pelan ini. Semoga inisiatif-inisiatif pelan
ini dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak dapat menunjukkan kesungguhan jabatan
dalam menangani permasalahan integriti dan rasuah supaya kualiti penyampaian
penjawat awam dapat ditingkatkan seterusnya menjaga nama baik jabatan.
“ JKR Ke Arah Bebas Rasuah, Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan ”
Sekian, terima kasih.
Ir. Dr. HASLI BIN IBRAHIM
PENGARAH KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU
ii