Page 10 - Buku Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 10
PELAN STRATEGIK
PENCAPAIAN PPZ-MAIWP
SEPANJANG 30 TAHUN
DOMESTIK
1. PPZ-MAIWP telah dianugerahkan sebagai ’Institusi Zakat Terbaik Negara’
sebanyak 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2012, 2013 dan 2014 bagi
kategori ‘Inovasi Pungutan’ sempena Bulan Zakat peringkat kebangsaan
anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
2. Kutipan zakat PPZ-MAIWP pada tahun 2013 amat cemerlang kerana berjaya
meningkatkan prestasi kenaikan melebihi RM80 juta buat pertama kalinya
dalam sejarah penubuhan PPZ-MAIWP iaitu pencapaian terbaik.
3. Pada tahun 2014, PPZ-MAIWP telah berjaya memperolehi Persijilan ISMS MS
ISO / IEC 270001:2005 (Information Security Management System) dengan
skop persijilan ‘Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi
Pengurusan Pengoperasian dan Penyelenggaraan Sistem Integrasi (SiZA) di
ibu pejabat. Pada tahun 2015 PPZ-MAIWP berjaya menaiktaraf pensijilan
kepada MS ISO/IEC 270001:2013.
4. Pada tahun 2015, PPZ telah mencatat kejayaan apabila dinobatkan bersama
MAIWP sebagai Johan Konvensyen Kreatif (KIK) peringkat Jabatan Perdana
Menteri sekaligus melayakkan PPZ-MAIWP DAN MAIWP mewakili JPM ke
Pertandingan Konvensyen Kreatif peringkat kebangsaan yang diadakan di
Kuantan, Pahang.
5. Pada tahun 2017, PPZ-MAIWP berjaya menaiktaraf Persijilan MS ISO
9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015.
7