Page 6 - Buku Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 6

PELAN STRATEGIK


             LATAR BELAKANG PPZ-MAIWP






                    Lanskap  kutipan  zakat  harta ini  berubah  selepas  lahirnya PPZ-MAIWP.
             Bermula sekadar impian dengan diusahakan secara bersungguh akhirnya
             menjadi kenyataan.



                    Pertengahan November 1989, Hartasuci Sdn Bhd sebuah anak syarikat
             milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan. Ahli

             Lembaga Pengarahnya yang diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
             dengan keahliannya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji
             Abdul Khalid Abdul Aziz.


                    Pada awal Januari 1991, PPZ-MAIWP memulakan operasi mengutip zakat

             harta di Wilayah Persekutuan. Bagi tujuan pelaksanaan dan memenuhi tuntutan
             Akta Syarikat maka  sebuah  syarikat  untuk  mengurus  PPZ-MAIWP secara
             korporat dan agensi pengutip zakat perlu ditubuhkan. Pada 8 Mac 1991,

             PPZ-MAIWP telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu
             Perdana Menteri Malaysia.


                    Kini, ibu pejabat PPZ-MAIWP terletak di  Shamelin Perkasa, Cheras
             dengan warga kerja seramai 219 orang. Terdapat 10 cawangan kaunter zakat di

             Shamelin, Masjid Negara, Pusat Bandar Wangsa Maju, Masjid At-Taqwa Taman
             Tun Dr. Ismail, UTC Pudu Sentral, Plaza RAH Kampung Bharu, Putrajaya (Presint
             9 & 15), Masjid Al-Ghazali Bandar Manjalara di Kepong dan Time Square Labuan.

             Bayaran zakat juga boleh dilakukan secara ‘Online’.


































          3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11