Page 30 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 30
24 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
orang yang buta terhadapnya sebagaimana dulu kalian adalah orang-orang
yang buta terhadap kebenaran ketika di dunia.
ا
ا
ا ܅ ۡ ُ ۡ ا ٌ ا ا � ُ ۡ ا ا ۡ ا � ٓ ُ ۡ ا ا ۡ ۡ
ܛݙಳ蟊ِإ═ ۖݗ蟑ݤݖ݆ ء⅍ا❓ݠܴ او䡎߀ܻܡ ݫ و䡎أ⍎ او䡎߀ܺܓ ܛݞݠݖܺٱ
ِ
ِ
ا ُ ا ۡ ا ۡ ُ ُ ا ا ۡ ا ۡ ُ
١慦 ن䙎ݠݖݙ݇ಱ蟈 ݗܢݜݒ ܛݘ ن䙎و䡎ܲݵ
(Dikatakan kepada mereka):"Rasalah bakarannya; sama ada
kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama
sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak
dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
Kemudian mereka dipersilakan masuk merasai azab neraka yang mereka
dustakan dahulu di dunia. Sama ada mereka bersabar ataupun mereka tidak
bersabar (di dalam neraka) maka terserahlah, sama sahaja untuk mereka
kerana kesabaran tidak lagi mempunyai faedah kepada mereka kerana
mereka tidak akan dapat keluar dan lari daripadanya. Lazimnya sifat sabar
adalah sifat yang mulia di mana empunya sifat ini akan mendapat ganjaran
pahala sabar atas ujian dan musibah yang menimpa, namun dalam situasi
mereka yang menerima azab pembalasan pada hari akhirat ini, alangkah
hinanya mereka kerana apa-apapun sudah tidak mempunyai nilai lagi.

