Page 25 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 25

BAHAGIAN PERTAMA  19
                                           Terjadinya Hari Kiamat Dan Penegasan
                                        Berhubung Azab Pada Hari Yang Dijanjikan

                                                 ۡ
                                      ُ ۡ ا  ۡ  ۡ  ا ا
                                6 رㅎݠܨܵݙ೑蟨ٱ ܱܫಒ螩ٱو䡎
                                   ِ
                                             ِ
                      Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan)




            Dan Allah   kemudian bersumpah dengan air laut yang menggelegak
            muntah keluar. Kalimah رㅎݠܨܵ೒蟩  daripada kata dasar رㅎ   ج   س  yang
            mengandungi maksud-maksud seperti dipenuhi minyak dalam ketuhar
            kepanasan, membakar, dipenuhi dengan air mengelegak dan melimpah.
            Ini mungkin menggambarkan apabila hari Kiamat nanti, air laut itu
            akan dipanaskan sampaikan ia menggelegak dan melimpah keluar. Ini
                                                                      ا
                                                             ا � ُ ُ
            sepertimana firman Allah  dalam surah al-Takwir ayat 6: ت⩐ܱ ِ ܨܴ رㅎܛܫ ِ ܞݕا اذぎ൷袎
            yang bermaksud: “dan apabila lautan dijadikan meluap”.


               Atau ia mungkin bermaksud laut yang sekarang ini di mana wujud api
            di bawah laut itu. Kita mungkin nampak ianya tidak panas tapi sebenarnya
            ada api di bawah keraknya.

               Atau Allah   hendak mengingatkan yang bumi ini dikelilingi oleh
            air. Kalau kawasan itu rendah dan menjadi lembah, pasti air akan masuk
            kepadanya.

               Allah    memberitahu tentang langit sebelumnya dan disusuli

            dengan lautan pula kemudiannya. Ini menjelaskan lagi isyarat bahawa
            manusia tidak dapat lari daripada ketetapan Allah   jikalau Allah 

            berkehendakkan azab ke atas mereka. Sebagaimana manusia tidak akan
            dapat lari dari dinaungi langit, demikian juga ia tidak dapat lari daripada
            air laut kerana air laut itu sentiasa mengelilingi kita.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30