Page 22 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 22
16 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
sejarah yang besar di mana Allah berkomunikasi secara langsung
dengan Nabi Musa dan menurunkan kitab Taurat kepadanya.
ُ ۡ ܅ ا ا
ٰ
2 رㅎݠ݁ܵݘ ܜ蠍ِ蟀و䡎
ٖ
ٖ
Dan demi Kitab yang ditulis
Ianya mungkin bermaksud Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi
Musa dengan siap tertulis. Ini sekiranya dilihat hubungannya dengan
ayat pertama iaitu Bukit Tursina di mana Allah menurunkan wahyunya
kepada Nabi Musa .
Sekiranya ayat pertama sudah memadai untuk menunjukkan isyarat
penurunan Taurat. Maka ayat kedua juga berkemungkinan merujuk
kepada kitab-kitab lain yang diturunkan Allah kepada para Rasul iaitu
Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.
Malah, ia juga mungkin bermaksud al-Quran itu sendiri yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad . Walaupun al-Quran tidak
dirurunkan secara bertulis kepada Baginda, tetapi di Lauh Mahfuz ianya
telah siap tertulis. Jadi dalam ayat ini juga menjadi dalil bukti bahawa
memang al-Quran itu nanti akan dijadikan dalam bentuk kitab.

