Page 18 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 18
12 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
kebodohan orang-orang musyrik dan pembohongan yang mereka
ada-adakan terhadap diri Baginda ketika mereka menyebut beliau
sebagai penyair, tukang tenung, orang gila, atau orang yang membuat
pembohongan atas nama Allah .
Allah seterusnya mengecam, menyangkal dan mematahkan
dakwaan batil mereka, menegaskan, dan membuktikan kebenaran risalah
Nabi Muhammad dengan sejumlah dalil dan bukti yang tidak dapat
dibantah lagi. Lalu Allah memaparkan dalil, hujah, dan bukti-bukti
yang kuat serta tidak mampu disangkal tentang uluhiyyah yang hak dan
esa. Allah juga mengecam keras orang-orang musyrik atas pernyataan
mereka bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah . Allah mencerca,
mencemuh dan memperolok-olokkan mereka kerana sikap mereka yang
keras kepala, angkuh, melampaui batas hingga sampai tahap mengingkari
hal-hal yang boleh dicapai pemahamannya dengan pancaindera yang
mereka sendiri mampu saksikannya.
Surah ini ditutup dengan ayat yang memerintahkan kepada Rasulullah
untuk mengabaikan dan membiarkan orang-orang ka r dalam
kesesatan mereka sampai binasa, terus bersabar, tabah dan tetap teguh
dalam menyampaikan risalah di samping sentiasa bertasbih dan bertahmid
memuji-Nya siang malam. Allah juga memberi khabar bahawa
sesungguhnya Allah adalah Penjaga, Pengawal, dan Pelindungnya dan
orang-orang yang zalim terdapat dua azab untuk mereka iaitu azab di
dunia dan azab di akhirat.

