Page 17 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 17

Surah At - Tur Tafsir Dan Huraian  11



            Intipati Umum Kandungan Surah

            Dalam surah sebelumnya (adh-Dhariyat), Allah  menutupnya dengan
            ayat yang menegaskan tentang kedatangan hari akhirat. Maka dalam
            surah ini Allah  memperkuatkan lagi penegasan-Nya berhubung perkara
            ini dengan memulai ayat yang mengandungi sumpah dengan beberapa
            perkara. Pertama, sumpah dengan “At-Tur”, iaitu bukit yang sering
            disebut berulang-ulang dalam kisah Nabi Musa . Kedua, “al-Kitaab
            al-Masthuur” (kitab yang ditulis), iaitu kitab Taurat atau Al-Lauh al-
            Mahfuzh. Ketiga, al-Bait al-Ma’mur (rumah yang sentiasa dimakmurkan)
            iaitu Kaabah, atau terdapat juga pandangan yang menyatakan Kaabah
            yang berada di langit di mana para malaikat sentiasa melakukan tawaf
            mengelilinginya. Keempat, al-Saqf al-Marfuu' (atap yang ditinggikan),
            iaitu langit. Kelima, al-Bahr al-Masjuur, iaitu laut yang meluap penuh
            atau laut yang dinyalakan menggelegak. Ini adalah sumpah Allah dengan
            tanda-tanda kekuasaanya di bumi dan di langit disertakan dengan
            penegasan bahawa azabnya pasti datang tanpa boleh diragukan lagi.
               Selanjutnya Allah   menggambarkan tentang azab neraka di mana

            orang-orang yang mendustakannya akan dilemparkan ke dalamnya dengan
            kehinaan dan kenistaan yang mereka alami. Kemudiannya diikuti dengan
            penjelasan yang menggambarkan kenikmatan dan kesenangan orang-
            orang bertakwa yang menjadi penghuni syurga, beserta pelbagai aneka
            kesenangan yang mereka nikmati, mulai dari pakaian, tempat tinggal,
            makanan, dan minuman, serta memiliki pasangan berupa bidadari.

               Seterusnya dilanjutkan dengan perintah kepada Nabi Muhammad 
            supaya sentiasa tetap selalu memberi peringatan, menyampaikan risalah,
            memberi amaran tentang perbuatan kufur serta tidak mempedulikan
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22