Page 12 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 12

6   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          Hubungan Surah At-Tur dengan Surah Sebelumnya

          Pemerhatian terhadap Surah At-Tur ini akan menemukan hubungan
          kesesuaian dan keserasiannya dengan surah sebelumnya iaitu Surah Adh-
          Dhariyat. Kesesuaian dan keserasian ini sering disebut oleh para ulama
          tafsir sebagai keterkaitan munasabah antara satu surah dengan surah
          yang lain sehingga dilihat wujudnya kesinambungan antara satu sama
          lain. Dalam Tafsir al-Munir, Dr Wahbah al-Zuhaili telah menyenaraikan
          hubungan persamaan ini menerusi sudut-sudut berikut:


          1.  Kesamaan Tema

          Surah At-Tur dan Surah Adh-Dhariyat mempunyai kesamaan tema
          kerana kedua-dua surah ini adalah surah Makkiyyah. Sepertimana ciri
          surah Makkiyyah, intipatinya adalah berkisarkan tentang pembicaraan
          mengenai tauhid, hari kebangkitan (al-Ba’th), situasi hari akhirat, risalah
          kenabian serta menyangkal dan mematahkan pegangan dan ideologi-
          ideologi batil serta keliru yang dipegang oleh musyrikin.


          2.  Kesamaan Pembukaan dan Penutup

          Bahagian awal kedua-dua surah ini menjelaskan keadaan dan situasi
          orang-orang yang bertakwa di akhirat. Dalam Surah Adh-Dhariyat ayat
          15 Allah  ber rman:


                               ُ ُ ا  ܅ ا   ا ܅ ُ  ۡ  ܅
                                     ٰ
                          ١慥 ن䙎ݠݤವ蟌و䡎  ٖ ܠ೸蠏ܧ  ِ ޳ ߡِݐܢݙ೑蟨ٱ ن䙎ِإ═
                             ٍ
            Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ditempatkan
            dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair yang terpancar”
                                                (Adh-Dhariyat ayat 15)
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17