Page 14 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 14

8   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          3.  Mengandungi Sumpah

          Kedua-dua surah ini mengandungi sumpah Allah  dengan tanda-tanda
          kekuasaan-Nya di alam semesta. Dalam Surah adh-Dhariyat, Allah 
          bersumpah dengan angin adh-Dhariyat (yang menerbangkan) yang baik
          dan bermanfaat bagi kehidupan. Manakala dalam Surah At-Tur, Allah 
          bersumpah dengan sebuah bukit yang memperoleh cahaya Ilahi sebagai
          tempat terjadinya dua kejadian agung, iaitu Allah   berkomunikasi
          langsung dengan Nabi Musa  dan penurunan Taurat kepadanya sebagai
          panduan umatnya di dunia dan akhirat.


          4. Perintah supaya Berpaling daripada Orang Ka r dan Terus
            Konsisten Memberi Peringatan kepada Orang Beriman

          Kedua-dua surah ini mengandungi perintah Allah   kepada Nabi
          Muhammad     supaya berpaling dan mengabaikan orang-orang ka r
          serta tetap terus sentiasa mengingatkan orang-orang Mukmin. Dalam
          Surah adh-Dhariyat ayat 54 Allah  ber rman:


                               ُ  ا  ا  ا  ا  ا  ۡ ُ ۡ ا  ܅ ا
                                                  ا ا
                          ٥敤 ٖ൑表ݠݖݙܝ ܠݛأ⍎ ܔݙಷ蟎  ݗݟݜವ蟌 ّ冒ݠܢಷ蟎
                                 ِ
            Maksudnya: “Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada
            mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana
            engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran
            kepada mereka).”
                                                (adh-Dhariyat ayat 54)
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19