Page 15 - Booklet Pengiraan Zakat
P. 15
iii. Emas Pelaburan Patuh Syariah
Emas Fizikal
Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai
pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya
emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer.
Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai
atau melebihi nisab 85 gram.
Contoh Pengiraan
Berat emas x Harga semasa x 2.5%
= 400 grams x RM180.00 x 2.5%
= RM72,000.00 X 2.5%
= RMl,800.00 (Notal)
Akaun Emas Passbook (Ada Pemilikan Emas)
Terdapat bank menawarkan emas pelaburan
berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas.
Akaun ini tidak mencatatkan jumlah simpanan dalam
nilai ringgit, tetapi dalam unit gram emas.
Kepatuhan syariah berlaku apabila fizikal emas itu
wujud dan dipegang oleh pelabur. Wajib dizakatkan
sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas
mencukupi nisab 85 gram.
Contoh Pengiraan
Berat emas x Harga semasa x 2.5%
= 200 grams x RM180.00 x 2.5%
= RM36,000.00 X 2.5%
= RM900.00 (Notal)
Nota 7: Dibayar atas zakat perniagaan.
13