Page 19 - Booklet Pengiraan Zakat
P. 19
Definisi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) &
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (L TAT) ialah wang
simpanan milik individu yang disimpan sepanjang
tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi
kesemua syarat-syarat wajib zakat kecuali syarat
"Sempurna Milik". Syarat "Sempuna Milik" akan dipenuhi
sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP &
LTAT.
Kaedah Pengiraan
Pengiraan Zakat KWSP & LTAT
Jumlah wang KWSP / LTAT yang dikeluarkan x 2.5%
= RMl00,000.00 X 2.5%
= RM2,SOO.OO
Bagi pencarum yang mengekalkan simpanan dalam
KWSP setelah mencapai had umur 50 atau 55 tahun
yang dibenarkan membuat pengeluaran, zakat
dikenakan atas simpanan yang dibenarkan membuat
pengeluaran. Sekiranya pencarum masih mengekalkan
simpanan tersebut dalam KWSP/L TAT, ianya dikira
sebagai Zakat Wang Simpanan untuk tahun-tahun
berikutnya.
17