Page 50 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 50
Kit Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
10 Makan makanan berat atau solat maghrib dahulu ?
Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di hadapan hidangan makanan maka janganlah
dia bersegera sehinggalah dia selesai makan makanan tersebut, meskipun solat telah
didirikan.”
Riwayat Al-Bukhari
Sekiranya juadah berbuka puasa telah dihidangkan, hendaklah berbuka terlebih dahulu kemudiannya
mendirikan solat maghrib agar jiwa lebih tenang ketika solat.
Namun begitu, mengambil kira suasana di masjid-masjid pada hari ini yang berbuka puasa dengan
juadah ringan terlebih dahulu, ia tidak bercanggah dengan syariat bahkan lebih afdal. Ini kerana
menyegerakan berbuka puasa adalah sunah di samping dapat menunaikan solat di awal waktu secara
berjemaah.
48