Page 54 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 54
Kit Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
14 Ganjaran pahala memberi makan kepada orang berbuka
Zaid bin Khalid al-Juhani RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala
yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak
berkurangan sedikit pun.”
Riwayat Al-Tirmizi
Sesiapa yang menjamu apa sahaja jenis makanan kepada orang yang berpuasa, maka dia memperolehi
ganjaran pahala sebagaimana orang yang berpuasa.
Namun, menjamu juadah yang mengenyangkan untuk berbuka puasa adalah lebih afdal dan lebih
besar pahalanya.
52